..drop ur link here..

DROP UR LINK HERE.. SENANG NANTI NAK MELAWAT
tengs~ sudi singgah..

THEM

Showing posts with label terendakianz. Show all posts
Showing posts with label terendakianz. Show all posts

19 January 2015

SNORKELING TRIP : PERHENTIAN-REDANG-LANG TENGAH

29 OGOS; 30 OGOS; 31 OGOS; 1 SEPTEMBER 2014
4H 3M; CHECK IN TERENGGANU

sepatutnya percutian kami ini adalah di Pulau Redang, tetapi last minute booking (2 bulan awal - END OF JUNE) tarikh yang kami pilih tu dah semua resort kt situ memang fully booked.
memang sedikit keciwa la.. yelah.. 30 & 31 Ogos kan cuti Merdeka, Public Holiday memang ramai la orang.

(tips) Pulau Redang - turun Airport Kuala Terengganu; teksi terus ke Jeti Merang (bot persendirian) (30-45minit).. kalau naik bot awam, turun kat jeti Syahbandar
(tips) Pulau Perhentian - turun Airport Kota Bahru; teksi terus ke Jeti Kuala Besut (1 jam perjalanan, Kos RM80)

disebabkan chalet/resort dah penuh di Redang, terpaksa la kami tukar plan bercuti di Pulau Perhentian pula.
Kami pilih Pulau Perhentian Kecil.. sebab more havoc havoc.. (lagipun Perhentian Besar aku dah pernah pergi dgn family tahun 2013)

kami ambil package di Mohsin Chalet di Long Beach, Perhentian Kecil
(tips) nak tengok SUNSET - pilih chalet di CORAL BAY
(tips) nak tengok SUNRISE - pilih chalet di LONG BEACH
(tips) NIGHT LIFE, PERTUNJUKAN API - LONG BEACH
(tips) ketenangan, FAMILY ORIENTED - PERHENTIAN BESAR

jujur aku cakap, nak dibandingkan dengan Perhentian Besar, pasir kt Long Beach ni dah kurang putih.. air laut dia pun tak sebiru langit.. hehe..
tapi di sebalik bukit, di Kincir Angin dia, Ya Allah.. cantek sangat pemandangan... Laut dia kebiruan.. (tips) nak jungle tracking, panjat beratus2 anak tangga naik ke Kincir Angin, pilihlah stay kt Perhentian Kecil.. pemandangan superb cantekkk



TENTATIF

DAY 1 : 29 OGOS (JUMAAT)

bergerak seawal 830 pagi ke KLIA2; flight jam 12 t/hari. sesampai je Airport K.Terengganu, terus cari teksi airport.. charge RM120/way dari Airport ke Jety Merang.. perjalanan ambil masa selama 1jam20minit.. (erk.. hari jumaat, simpati kt pemandu teksi sebab dia tak dapat turun solat jumaat. maafkan kami -_-)

telefon boatman, agak hetic sikit la.. sbb janji dengan Mohsin Chalet check in hari Sabtu.. haha.. tapi kami nak masuk sehari awal, tapi Mohsin Chalet dah penuh.. kami slumber je cari chalet lain sepanjang Long Beach tu.. sumpah penat!! lain kali booking online sesiap..

dari speedboat nak ke pantai Long Beach, kena naik water taxi, bayar je la RM2.. takde pun hantar sampai pasir, kena juga redah air.. ceh....

kami walk in mencari 2/3 chalet, akhirnya jumpa Matahari Chalet.. untuk semalam je nak tidur.. akhirnya dapat juga RM160/day with Aircond. bilik ok, toilet ok. katil ok. ok la.. cuma pemandangan nak masuk chalet ni je yang tak berjaga.. ternampak side yang kotor kat pulau ni.. huhuk..

petang tu jejalan di Long Beach.. dan dinner.. kat sini makan boleh tahan juga.. macam2 menu ada.. harganya pulak atas RM10; biasalah kat pulau kan.. sebelum balik bilik, kami sempat tengok pertunjukan api..

kat sini, penguatkuasa kurang.. orang melayu pun ada nampak jual2 arak ni.. mat saleh dah semestinya ramai.. tempat ini kurang sesuai la kalau bawa family ni, lagi2 yang bawa anak kecil kan..


DAY 2 : 30 OGOS (SABTU)

SNORKELING TRIP by MOHSIN CHALET..
patutnya kami check in Mohsin hari ini, esoknya baru boleh join pakej snorkeling..
tapi esoknya (ahad) kami nak snorkeling tempat lain.. budi bicara dgn pihak Mohsin, mereka bagi je nak snorkeling hari ini.. so jumpa la membe2 baru dalam group tu.. osem..

kat pulau ni banyak je perkhidmatan snorkeling ni boleh pilih. murah pn murah serendah RM40 half day trip.. datang sini free and easy pun boleh.. tak perlu nk package2.. mat saleh ramai nye backpackers, bertukar2 tempat penginapan..

snorkeling start jam 1030 pagi sampai 3 petang.. kami pergi ke 5 spot snorkeling.. berhenti lunch di Kg.Nelayan.. pitstop yang terakhir adalah di Kincir Angin..
di Kincir Angin ni, benda menarik nak buat adalah terjun dari platform..
semua orang kena try.. tapi aku tak sempat nak try, sebab sibuk nak naik tangga ke kincir angin..

penat weyh dari bawah panjat beratus2 anak tangga.. tak sempat gak nak kira bape anak tangga... kalau ada sesiapa yang tahu, tolong bagitahu.. huhu..
kami memang akan ke kincir angin ni.. tapi dah alang2 boatman ni nak bawa ke sini, jadi tak perlu lah kami nak jungle tracking ke sini kan.. diorang ni cakap, kalau jalan dari long beach, ada gak dalam 20-30 minit.. hongeh plak rasanya..

petang tu, kami merayap balik pulau dari long beach.. kami ke coral beach plak nk tengok sunset..
dari chalet kami, dah dekat sangat nak ke coral bay.. dari long beach, akan menyusuri tepi chalet kami, kemudian ikut je jalan yang telah sedia ada.. akan melalui chalet2 tgh2 hutan, lps tu masuk ombak chalet.. dah sampai depan pantai coral beach..
ada la gak dalam 15 minit jalan kaki.. kat sini takda lampu jalan disediakan..
maka (tips) bawa lah sesiap lampu suluh tu.. balik dri sunset, dah malam.. jalan dia agak gelap sikit.. tak bahaya pun.. ramai je orang lalu kt sini.. malam2 mmg ramai org dr coral beach ke long beach sbb lagi happening di long beach.


oo yaa.. hari tu adalah malam MERDEKA!!!
kami melepak duk depan kedai Suhaila Shop, menghirup udara pantai memalam.. dalam jam 11 kami balik bilik.. lps tu tepat jam 12 malam, dari beranda bilik, ada pertunjukan bunga api.
tapi kaki dah penat nak melangkah turun bawah, tepi pantai nak tengok dekat2 bunga api tu..
tengok dari bilik pun kira ok la kan..


DAY 3 : 31 OGOS (AHAD)
REDANG! REDANG! REDANG!.. even chalet kt sana dah penuh.. akhirnya kami dapat juga snorkeling kat Redang... ohsem sangat..

hari ahad, pepagi kami dah bangun siap2.. tak sempat nak breakfast kt chalet sbb kami nak kejar snorkeling trip ke Redang plak.. kami bergerak jam 830 pagi..
1 trip boat tu ada 18 orang.. kami duk pakat2 dengan Suhaila Shop untuk masukkan nama kami dalam trip ke Redang hari tu.. kalau tak memang dah penuh la.. hehe.. yes. kami berjaya ke Redang..
Snorkeling Trip ke Redang ni berharga RM100/person.. full day.. 830 until 4pm.. kami ke Long Beach di Redang, Marine Park dan kami juga ke Lang Tengah..
snorkeling di Redang best sangat.. ikan cantek2.. coral pun cantek.. ok.. Puas hatiii...


sebelum balik ke Perhentian Kecil, kami singgah di Lata Berani untuk jirus air bukit dia.. sejukkk..
dah macam buat Ice Bucket Challenge jer.. kekeke...

malam lak.. lepak kt Mohsin.. lepak karok la.. hehe..




DAY 4 : 1 SEPTEMBER (ISNIN)

check out day..

flight jam 9 malam.. bergerak keluar dari pulau jam 10 pagi..
Dari jeti kami cari teksi ke hentian bas untuk ke kuala terengganu..
sampai KT dah lewat petang, sempat gak singgah umah membe kat Kuala Terengganu sebelum balik semban dan beli kopok lekor kat losong ~~


TRAVEL COST
FLIGHT TICKET (KLIA2 - K.TERENGGANU) RM80
MOHSIN CHALET 3D2N FULL BOARD PACKAGE (FAN ROOM) RM420
TAXI (AIRPORT K.TERENGANU - MERANG JETTY) RM120 (share with partner)
MAKANAN ROTI RM13 (share with partner)
LUNCH and DINNER DAY 1 RM23.50
MARINE PARK RM5
WATER TAXI (SPEED BOAT - LONG BEACH) RM4 (pergi dan balik RM2/each)
MATAHARI CHALET (DAY 1) RM160/AIRCOND ROOM (share with partner)
REDANG TRIP RM100/PERSON
LUNCH @ KG. NELAYAN (DAY 2) RM9
TAXI (MERANG JETTY - BUSTOP JERTEH) RM20 (share with partner)
BUS TICKET (JERTEH - K.TERENGGANU) RM17.10
TOTAL COST = RM800 ++



sekiaannnnn.. abes cerita

** kan main lama aku tak hupdate belog ni..
***pergi jalan bulan Ogos/September 2014, tapi publish cerita bulan Jan 2015.. huhukk

07 January 2013

4 tahun berblogging

alamak, lewat lak beberapa hari..

sepatutnya 3 Jan 2013 adalah ulang tahun ke 4 belog ini..
haha... dah 4 tahun dah aku merajinkan diri untuk membelog kan..
mcm2 lah cerita aku dah share kat sini..
mostly kesah peribadi yang berlaku dlm hidupku..

entry 1st birthday (here)
entry 2nd birthday (xder plak)
entry 3rd birthday (here)

nampaknya entry setahun lalu sama je background nya dgn skg ni.. 
alahai.. kena rajinkan diri bbrp jam untuk tukar design dan background belog ni..
dah terlampau lama sangat.. tapi cantek je plak background ni.. design je kot kna tukar.... erk..

tahun ini tak byk entry.. so boleh buat overal list..

Jan 2012
3 Jan - belog berusia 3 tahun (here)
9 Jan - jajan kekacang yg shedap (here)
11 Jan - dah buat kad debit sng sikit nk bershopping (here)
16 Jan - trip percutian di Cameron bersama family (here)
25 Jan - minggu percutian ku (here)

Feb 2012
2 Feb - Ku kembali bekerja (here)
9 Feb - escape to Bandung.. (here)
Mac 2012
2 Mac - Kucing ku Si Minah sudah tiada (here)
24 Mac - Cukur jambul Adik Adam (here)
26 Mac - my birthday (here)
April 2012
7 April - misi bermandi manda di Air terjun.. hewhew (here)
Mei 2012
11 Mei - pabila 1st tyme menjawab exam gov ni.. (here)

Jun 2012
10 Jun - depa bercuti ke Utara meninggalkan ku keseorangan di rumah (here)
11 Jun - Bestie, 1st geng sayangs yg dah kahwen (here)
Julai 2012
4 Julai - dah berapa lama tak gi camping kann (here)
31 Julai - meeting with sayangs slps berbuka puasa (here)
Ogos 2012
1 Ogos - koleksi medley yang aku suka dr KurtHugo.. (here)
21 Ogos - cerita raya 2012 (here)
September 2012
21 Sept - Lirik dan video klip lagu Muara Hati.. tetibe je lirik nye menyentuh hati (here)
21 Sept - beraya dgn rerakan sekolah.. hehe.. (here)
30 Sept - open house rumahku syurgaku (here)
Oktober 2012
10 Okt - next trip to Kota Kinabalu (here)
13 Okt - Kesah perjalanan ke Sibu Sarawak (here)
22 Okt - ketika waktu dahulu, mereka yg lahir tahun 80an (here)
November 2012
20 Nov - Birthday Adek Adam (here)
28 Nov - Perak Trip Day 1 bersama org ofis (here)
29 Nov - Perak Trip Day 2 (here)
Disember 2012
31 Dis - Last entry year 2012.. total lost of viva (here)


ok.. sampai sini shj entry ini.. ada lg bbrp entry 2012 yg belom publish.. menanti merajinkan diri utk dipublish..
- Perak Trip Day 3
- My G day
- Othman Family Day

*kthnkbye*

12 October 2011

#12 WW

the best picture of the day
wakie wearing a buju kurung, but spoil with boot shoes~
ladies shoes x de ke wardah??
hihi..
congratulation on ur convo ceremony~

26 September 2011

Amal E Day

assalammualaikum..
16 Sept 2011 | Jumaat | 2 pm | Melaka -
rakan sekolah saya, Akmal Izhar sudah pun selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Aizuddin..
comeylnye pasangan tunangan ini =)
Amal ni geng sayangs saye yg kedua bertunang slps Ainn Specky...
bile dikhabarkan akn bertunang, kami macam... ???HAH??? seyesly??? waaaa trpranjat~ aderh.. pengsan 10 saat... bile dikhabarkan berita ini, kami smua sdg menikmati grill+steambot mase berbuka puasa, ade jg la tlbih masak daging sbb mndpt berita yg super mengejutkan ni.. HAHA.. *drama swasta skjp*

yer la..kami tak jangka plak, secepat ini Amal akan brtunang.. sbb snyap2 je, tup tup tap tap je.. org yg bercinta bagai nak rak pn masih belum meneruskan ke next step kan.. hihi..
tak pe la.. rezeki dh ada.. langsung kan terus..
cekidout...
cik andam pada hari kejadian.. of course la geng sayangs jg.. She-Can S.i.. 
tatarias terhebat - amal nye kazen.. kami smua sebaye taw..

 
tunang nye itu adalah berasal dari Miri, Sarawak.
berkenalan slps mereka menghabiskan pengajian di UMS, Sabah..
alaaaaaa nanti bila Amal dah kahwin, die nk duk Sarawak plak... tsk tsk.. jauhnyeeee...


Amal, Congratulationz~
May Allah bless kamu, dia dan mereka always..
cecepat kahwin yer..

..sayang korunk ketat-ketat...

*kthnkbye*

22 September 2011

indian wedding ceremony

11 Sept 2011 | Ahad | Melaka ;

pengalaman pertama kali nya... ke indian wedding..
yang sebenarnye, saya tak der pun kawan yang berbangsa india ni
nak dijadikankan cerita, malam sebelum hari kejadian ni (ahad), rumah saya kan ade open house.. pstu geng2 sayangs saya dtg lepak kt umah, smpai la ke tgh malam..
lps tu dapat la di'offer'kan diri ini untuk mengikut She-Can Si atau Syikin Ibrahim ke Melaka, ade lah dia punya ofismate nye kahwin..
sgt excited kot... sbb wat pertama kali nya nak menyaksikan perkahwinan india..
syikin tu bukan untuk saya, tapi she-can si..
hujan lebat masa ni.. s.i pnya lah drive 110km/j.. mak aii.. chuak giler.. dgn ujan lagi, jalan licin lg.. sbar je la.. naseb baik duk blkg, tak nmpk kelajuan kereta sebenar.. fuhh semangat~
sambil2 tul leh la menghabiskan breakfast nasi lemak kukus yang berlebihan pd malam open house.. sodap ahh~ mcm dh berpicnic di dlm kete da. dgn air oren twister lagi saya bedal..

dalam kad tu kate, ceremony start dr jam 10 pagi - 12 thari..
dan saya rase, kami sampai on time je la..
sbb x perlu menunggu lama untuk lunch.. hihi.. jaat nye kami ni..

ok..  perkara yang menarik perhatian kami;

- she-can si memakai sari.. warrhhh... sari kot.. naseb baik tak nampak perut.. hihik.. semangat sungguh.. beli kain sari di india, dan menempah jahit di brickfields.. ooo xder la mahal sgt nk jahit kan.. below RM100 jerk..
- wedding ni berlangsung di dalam kuil di area sane jg.. wat pertama kali nya juga masuk kuil.. hum.. agak leceh cket, sbb kna buka kasut dari pintu besar dan memijak lopak air sblm smpai di atas mozek.. huhu... lps tu berlaku saat sedeyh, bile ujan turun dgn lebat lagi.. abis kasut baru kena air hujan jadi kain lembab da.. tsk tsk..

- mata melilau tgk sari-sari yang mereka semua pakai.. kawan2 sekerja s.i yang melayu pn memakai sari bermacam2 corak.. wahh.. semangat 1 Malaysia!!  lawa2 semuanya.. lps tu mata trtacap kat dua orang minah saleh ni.. perghh.... lawa sangat sari die.. biru cair shining2... nak jugak satu... pasti mahal..
- ceremony yang berlangsung di depan, sy tak tumpukan perhatian plak.. hihi.. sory.. mcm2 benda gak yg mereka wat, cth nye mcm bacaan mentera oleh sami, bertukar mengikat thali, kalungan bunga, mengelilingi api, menyarungkan cincin.. aaa mcm2 sgguh.. mereka masih mengekalkan adat budaya dan tradisi perkahwinan mereka =)
bergambar slps acara makan2 yer.. 
yang menarik nye jugak, sari pengantin ini sbnrnye bercorakkan peacock.. sgt lawa.. tapi sygnye, sy kan dtg lmbt, jd x sempat nk tgk dpn mata.. cume nmpk la cikit2..  dan leh kate, sari nya mmg mahal wee..

di dewan makan.. macam pelik duk mcm ni.. follow the rules je la..
patutlah mereka susun meja mcm ni.. sbb mereka ade org tolong hidangkan.. 
tiap org bawa stiap lauk dlm bekas, dan dituangkan ke dlm pinggan daun pisang.. hihi..
mcm duk kt asrama jek.. bawa tray, pastu orang kantin tu tuangkan lauk.. 
tp keadaan di atas, kami duduk, org 1 letakkan daun pisang, org 2 letakn nasi, org 3, 4, 5 dan seterusnya letakkan lauk.. cmtu la cara nya...

the food...
kate orang tua saya, kate kengkawan saya yang prihatin, kita kena jaga makanan kita... pastikan halal kan..
keyh di sini, wat pertama kali nya juga, saya mencuba memakan vegetarian food..
macam2 lauk plak haih.. tp mmg smua nya vege.. ingatkan ikan td, ingatkan ade ayam gk td.. tp rupanya tak.. sy x pasti la mcm mne diorg ni wat mknn vege tp rasa nya mcm ikan ade ayam pn ade.. kate nye letak soya cmpur ape ntah lgi kan.. pas ni nk diet, leh la try mkn cm ni.. erk.. 

 ni adat yer.. lepas makan, pastikan daun pisang anda ditutup seperti di atas.. mghadap ke dlm.. sbb ni kenduri kahwin..
kalo ade kematian, daun pisang itu ditutup mnghadap ke luar.. faham kah? pelajaran pada hari ini..
*omo... nak makan aiskwem skg...*

ok dahh.. nak balik da...
dah dpt goodies bag.
tata...

*kthnkbye*

15 September 2011

.open house day - tetamu.

continue from last entry .. [Open House Day - Before]

[pic atas] - ibu saya berbaju pink.. 12 jam berhempas pulas.. huk3x... terima kasih ibu =)

senarai rerakan saya.. sayang mereka ketat-ketat.. HAHA
terima kasih sudi datang..
yang tak dapat datang, see you next time
yang tak dijemput, minta maaf yer.. mungkin tersalah pandang ke ape ker.. nanti ingatkan saya selalu~

here some pics~

[pic atas] - Aina Shazwani and her boyfie; Faiz Kamaruddin..
Aina - geng dari matrik dan clazmate di UiTM.. kawan kipas susah senang ini..
terima kasih syg sbb sudi datang.. last minute kan.. akhirnya sampai juga.. sory tau tak inform ealier..
n then thank you coz being here for me.. my 1st guest.. and time kasih gak tlg make-up kan.. big hug..

[pic atas] - Aidi Safuan and his partner.. 
tetamu kedua dalam senarai kawan saya yg datang.. terima kasih kamu..
kenal die ni as blogger.. pertama kali jumpa gak ni.. tahun lepas bising2 sbb xdapat nak pegi.. 
alhamdulillah, tahun ni dapat juga kan.. snggup turun semban.. dapat la tropicana twister ko yer..

[pic atas] - hazman and his friend.. 
kawan sekolah rendah merangkap clazmate jgk dan jiran setaman..  terima kasih datang..


[pic atas] - adrina dan wan firdaus
clazmate sekolah rendah, both of them.. tak leh berpisah..hihi.. cpt2 anta kad undangan kahwin kat saya ye.. terima kasih sudi datang~

[pic atas] - geng-geng opis RAC..  Shishi, K.Ina, K.Intan~
Shishi - trainee soon to be staff.. hehe.. tp skg panggil die cikgu shishi la..
K.Ina super senior staff.. pemberi tunjuk ajar saya ni..
K.Intan - ni kawan susah senang RAC ni.. tunggu je la bila k.intan nk jadi staff taw..

[pic atas] -geng RAC jgk; Mira, Nurul dan Afa
mira - new staff.. alahai.. kawan matrik saya jg~ nnti calling-calling tau kalo ade yang tak faham..
Nurul - trainee yang rajin stay back.. hihix.. terima kasih awak.. soon to be co.secretary =)
Afa - trainee yang rajin ke SSM.. miss choki-choki saya~ soon to be audit officer =)

[pic atas] - K.Ros dan anaknye..
staff RAC jgk.. Tax Department~ pakar akaun jugak ni.. 
dan bile tak pandai wat ayat english pun, saya pegi cari K.Ros.. 

[pic atas] - En.Radzi(kanan) as En.Bos RAC~
terima kasih en.bos sbb sudi datang.. tahun lepas en.bos kate, die sempat lalu depan rumah je sbb segan nak masuk.. ape-ape pun, rumah saya dgn en. bos sebelah 2 taman je kan..

[pic atas] - terendakianz; Zul (my homeroomate) dan farid
zul atau kami kat maktab panggil die cool~ hee.. tengs singgah.. 
farid - hah.. nak tunggu sate sampai jg kan.. 

[pic atas] - kawan UiTM
khairul (kiri) - kawan susah senang saya jg.. terima kasih sudi datang dari jauh.. dan terima kasih jg selama ini sudi meminjamkan telinga, tangan, mata, fikiran dll ntuk share apa patut...
nana - clazmate uitm.. praktikal sesama.. haha.. craving of ur kek batik .. semoga dapat pekerjaan dgn cepat yer..
aqilah - kwn sekolah rendah, bawa ke matrik, seterusnya ke UitM plak dan akhirnya sama praktikal.. hihi.. dulu dan skg jadi jiran sebelah taman.. terima kasih jg atas nasihat bagai semua la..

[pic atas] - kengkawan UiTM.. 
tengs korunk sudi datang dari shah alam.. terharu ni.. tsk tsk..
dinie - wah. wat muke garang.. hebat dia ni tapi suka loyar buruk..
sapiq ssm - 1st time kenal kt dlm blog.. pastu bawa ke realiti kan.. 
nik- kami suka panggil dia nik-khun.. hihi.. die janji nak belanja makan ni.. bulan depan yer..
hazwan - ni cekgu lukisan saya ni.. kasi respect~ hihi.. maap la sbb gambar trhalang dgn botol air..opss.. 
acap - erk.. tak leh nk cakap lebih kat cni.. sbb die ni mmg hebat la.. nak list satu2, cam tak abis je.. hihi..
amirul - em hmm mm emmmm.. 
quddus - tauke sate dr tg.karang..superb terbaik.. tetibe ade orang panggil ustaz yer.. 

[pic atas] - geng sayangs~
ann (left) - Dr.Ann.. jumpa die msti ade je term2 doc yang kurang faham laa... sobsss
amal (right) - selamat bertunang amal.. May Allah bless u always~ 

[pic atas] - geng2 sayangs~
syara yang duk bersimpuh itu bersama dgn her boyfie..  roomate masa kat maktab dulu, bawa la jg sampai ke uitm.. senior di uitm sbb die ni ambik fast track..
wardah - in the middle; alahai.. dah 23 tahun pun ade adik kecik berumur 2 bulan.. hihi.. so sweet.. jadi kaklong yang baik ye wakie..

[pic atas] - geng sayangs jugak plus mamat sesat.. hihix..
fana (berbaju coklat) - soon to be Dr. jugak.. very humble person.. susah nak jumpe orang macam kamu la fana.. 
s.i or syikin (berbaju hijau)- volunteer menjadi cleaner.. hihi.. tengs s.i sbb tlg2 mengemas dan membasuh slps majlis..
sanap (berbaju kuning) - kami hampir lupa nama I/C ko la.. sllu panggil sanap je kan.. tetamu paling lewat dtg.. kul 11 bru smpai.. bru lps tgk bola kata nye.. huhux.. semangat~


terima kasih juga kepada mereka-mereka yang lain (yg tiada dlm pic di atas);
seperti - Zahid dan Dalila (kawan sekolah); jirang tetangga; saudara mara; rerakan ayah dan ibu saya dan lain2 lagi... maaf terlepas pandang..

semoga kamu semua diberkati Allah.. amin..
terima kasih daun keladi; tahun depan jumpa lagi


p/s : big thanks to Amal dan Wardah sbb tolong saya mengambil, menempah dan menunggu sate siap.. sayang korunk ketat-ketat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...