..drop ur link here..

DROP UR LINK HERE.. SENANG NANTI NAK MELAWAT
tengs~ sudi singgah..

THEM

Showing posts with label teater. Show all posts
Showing posts with label teater. Show all posts

03 January 2013

teater lagi

Assalamuailaikum..

Tahun 2012 aku sempat menyaksikan 3 teater di IB
- Cuci The Musical Last Kopek (17 Mac 2012)
- Tribute Tun Siti Hasmah (17 Nov 2012)
- Muzikal Ali Baba (26 Dis 2012)

Tahun 2011
- Badai Semalam (18 Nov 2011) link entry
- Lat Kampung Boy The Musical (18 Mac 2011)

Muzikal Ali Baba
29 Disember 2012
Persembahan terakhir dan penutup tirai teater tahun 2012
Para pelakon..
Aznil Hj Nawawi = Kertua Penyamun
Elfira Loy = Marjina
Fizo Omar = Ali Baba
Ebby Yus = Kassim Baba
Aziz M Osman = Apek
Najwa P Ramlee = Aloyah
Zarina Raja Lawak = Nursiah
Pergi menonton dgn Cik, Remy, Mirul, Fyrot dan Paly..
Boleh dikatakan teater ini best la jgk. cukup utk dihiburkan dgn apa yg disajikan..
walaupun kita dah tahu jalan cerita berdasarkan filem P.Ramlee, tapi ada unsur2 yang ditambah utk menjadikan teater ini lebih menarik lg..
rase mcm nak tgk je lagi..
tergelak sgt bila ada bab tarian kuda (gangnam style) ditarikan oleh Pak Nil dn penyamun2.. lawak sgt gayenye..
Pak Nil mmg menghidupkan suasana dlm dewan.. ada part ebby yus dgn loghat n9 nye jg.. ada part fizo omar tersasul nk menyebut nya. ade la jg aksi2 spontan dan nmpk jg diorg menahan ketawa..
pertunjukan silap mata drpd Mahdi Mousidi dr Iran yg diselitkan dlm teater ini pun menarik jgk..
Tiket pun murah.. RM33 dah leh duduk 3 dari depan stage.. dpt la tgk penari2 IB yg cantek dn superb hensem tu kan.. hahax

boleh baca artikel drpd sinar harian (sini)
atau artikel dr budiey (sini)

Teater Tun Siti Hasmah lak aku tgk dgn kengkawan lain - Fyrot, S.i dan Miza..
duduk seat depan jgk tp mahal sikit RM75~
cerita berkisar ttg kehidupan seorang doktor dan isteri kpd PM.. pun menarik jgk, tp penceritaan agak berat sikit sbb erma fatima kot Director.. hehe.. yg penting, Lisa comel sgt bila menari.. 

Cuci The Musical Last Kopek aku tgk berdua jer dgn adik aku.. sbb mase tu takde sape nak teman kan..
cite nye best jgk. Hans Isaac kot Director nya.. mmg lawak splastic la.. dgn adanya Nabil, Afdlin dan Awie kan..
Poster Cuci The Musical: Last Kopek!

*kthnkbye*


p/s : menonton teater mmg dh jadi hobi kegemaran la.. kalo ada yg menarik lagi, tak kan lepaskan peluang. InsyaAllah..

20 November 2011

20112011

today is 20 Nov 2011 or 20112011 =)

tapi nak cite kesah semalam..

19 Nov 2011
Panggung Bandaraya DBKL
Teater : Bangsawan Merong Mahawangsa

1. MERONG MAHAWANGSA – Raja Azrey
2. EMBOK –Syarita Karai
3. PUTERA MARCUS –Thye Mentor
4. PAK KESOM –Dato’ Jalaluddin Hasan
5. TAJI – Adie Ariffin
6. KEMAWAS –DJ Pool
7. TELANI –Nazila Mat Safian
8. DON SIGAR – Haniff Ariffin
9. DON SIRA – Along Zainureen
10. LAKSAMANA LIU YUN – Azhar Sharmal
11. PUTERI LIU LIN – Marina Bhai


SINOPSIS – Merong Mahawangsa
   Kisah tertumpu kepada 2 pasangan berkasih iaitu Merong Mahawangsa dan juga embok gadis kg di tanah langkasuka. Impian cinta mereka di gambarkan sungguh indah, namun tidak terlalu jelas seperti percintaan pasangan kekasih lain oleh kerana kehidupan penuh dengan pergolakan latar belakang diri. Konflik bermula bila Embok di larikan oleh tentera Taji dalam satu pertempuran yang tidak di sangka.

   Kehilangan Embok di ratapi sedih oleh ayah angkatnya Pak Kesom, dan dari situ terbongkarlah segala kisah di sebalik kejadian menimpa. Taji dan orang-orangnya menyimpan dendam terhadap Kesom di atas ketidakpuasan hati sejak berguru suatu ketika dulu. Merong berjanji akan menjejak Embok dan menyelamatkannya seterusnya memusnahkan kuasa taji dan gerudanya. Namun begitu kelemahan tenaga serta kekuatan membuatkan usaha Merong sedikit terjejas.

   Di kala inilah datangnya Seorang pahlawan tentera dari cina iaitu Laksamana Liu Yun menawar diri membantu tetapi bersyarat, Merong mesti membantunya menyelamatkan adiknya iaitu puteri cina yang juga di larikan oleh kuasa Taji. Merong setuju dan mereka bersatu, akhirnya kuasa Taji dan gerudanya dapat di tewaskan dek kebijaksanaan Merong, namun terjadi sesuatu tragedi yang tidak di sangka. Merong serta yang lain terperangkap dengan tipu muslihat Taji.

source : Sensasi Selebriti

pas masuk adalah percuma..
setelah diberikan secara khas oleh wakil ibu saya..
tehee.. tengs ibu..

sempena majlis penangguhan bulan bahasa kebangsaan 2011, peringkat Kuala Lumpur
teater ini adalah acara kemuncak nye..
ibu saya selalu je dapat invitation menyaksikan teater, tapi tak pernah nak pi tengok sbb timing nye yang kurang cantek..
jadi bila ada peluang ini, ibu memberikan kpd saya.. tenkiu =)
jadi saya mengajak romate saya, Gloria dan Wani.

so far,
overall cerita menarik.. heroin nye tak macam heroin.. sbb tak berapa banyak sangat dialog..
yang lelain ok la.. suka susunan muziknye jg.. 
dan kami suka tengok gelagat seorang lelaki ni.. menarik tertarik..
setiap kali die keluar, setiap kali die bercakap, dialog nye hanya lah
"kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai.. HAHA.."
menjadi plak tu watak lembut die.. kelass..

antara scene ke scena, akan dihiburkan dgn persembahan dari
No Entry (Maharaja Lawak) dan penyanyi Qalesyah dan penyanyi Thye dari Mentor

gud jobs u'ols..


soseh soseh..
berbeza sedikit dengan cara penukaran babak antara Panggung DBKL dan Istana Budaya..
di IB tidak dhiburkan dengan selingan-selingan seperti menyanyi ke, lawak kampus ke ape2 lah.. saya rase sbb di IB, pentas die besar dan canggih.. props die boleh turun naik kiri dan ke kanan la.. so tak makan byk masa nk menukar dari satu babak ke satu babak.. 
tolak ke belakang, tolak ke kiri, tolak ke kanan, naik atas dan bawa turun bawah jer..
huhu. saya memang terpaku cara mereka menukar props.. ohsem~
patutla harga tiket die pun mahal kan.. value for money gitu..

ape-ape pun.. saya suke tengok teater..
yeah..

*kthnkbye*

19 November 2011

Badai Semalam

18 Nov 2011
teater ke2 selepas Lat The Musical
Badai Semalam | Istana Budaya
Cinta, Cita-cita dan Pengorbanan

teater yang diadaptasi dari novel kesusasteraan melayu, buku teks untuk tingkatan6 pd tahun 1970an..
ni zaman mak ayah saya dulu ini.. patutla penah dengar tajuk tapi tak tahu isipati nya..
penulis : Khatijah Hashim
dipentaskan di IB sempena bulan bahasa kebangsaan~

 sinopsis
  Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ. 

  Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.



  Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

  Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.


  Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?


actor and actress
Erra Fazira (Mazni) | Aaron Aziz (Karim) | Fizz Fairuz (Zaki) | Umie Aida (Pn.Rohana) | Ziela Jalil (Mak Mazni) | Emelda (Mahani) | Jasmin Hamid (Dora)

terima kasih kepada peneman saya yang sudi meneman.. hahax
Teaterbadai semalam 1 TEATER BADAI SEMALAM|AKSI GHAIRAH JASMIN HAMID DAN AARON AZIZ?
aaron aziz dgn jasmin hamid.. euw euw.. hahax.. 
terperanjat kami semua la dgn aksi mengoda jasmin hamid ni.. sampai duk atas aaron~ erk.. 


overall.. ok.. tak rugi tengok pun.. sbb ade pelakon superb best.. crowd pn superb best.. dan probs superb  best.. =)



p/s : tonite.. teater lagi.. Bangsawan Merong Mahawangsa @Panggung DBKL..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...