assalammualaikum..
tahun lepas a.k.a bulan lepas a.k.a 2 minggu lepas..
26 dan 27 dec 2011
kami sekeluarga sempat menambahkan destinasi percutian kami ke Cameron..
perancangan di saat akhir. petang selepas balik dari family day 25 dec, ayah tanya.. nak pergi mana lagi ni bercuti? aku ni serba salah pula.. nak ikut ke tak nak ikut ke tak.. sebab ada komitmen lain..
sampai la tengah malam, baru terasa nak ikut.. packing baju pun pagi esok nya..
kami bergerak dr rumah jam 8 pagi hari isnin (26dec).. sarapan pun di luar..
ayah aku dah siap booking apartment kt TM Resort.. itu pun nasib baik ada lagi kekosongan..
murah jerk untuk staff TM.. RM80/semalam/apartmen 2 bilik.. nak juga la kerja kt TM.. banyak gak benefit dapat..
penat duduk saja dalam kereta.. 4 jam lebih perjalanan naik ke tanah tinggi..
cuaca hari tu berada di dalam keadaan yang baik.. tak hujan tak panas
dan sejukk.... ingatkan dah kurang sejukk.. boleh tahan juga la..
adam ejuk la ibu.. adam suka dtg sini.. adam tak meragam pun kan.. hee..~
tak tipu.. chocolate avant with strawberry choc chip ni sgt sedap.. dan mahal ~ hee.. |
dalam perjalanan balik, sekali lagi merancang nak wat short trip..
aku cadangkan ke kolam air panas Sg.Klah kat Sungkai, Perak..
aku pernah ke sini setahun yang lepas (click entry ini)
tp kecewa jerk.. hotel dah fully booked.. itulah nasib tak wat reservation thru phone call kan..
nak main redah jerk.. hee..
jadi otw balik dr perak ke KL, ade 1 lg short notice punye plan..
nak menginap kt KL dan berjalan la sekitar KL esok nya..
tapi cancel semua tu jgk..
Adam dah meragam.. terus shoot balik seremban mlm tu jgk..
sampai rumah dlm kul 10pm..
esoknya adik aku ini mengajak plak ke water theme park yg baru buka kt melaka tuh..
aku dah surrender awal2.. tak mahu follow sekali.. hee~
tapi tak jugak jadi pergi.. duk rumah dediam jerk..
ayah ibu memang ambik cuti sampai new year~
fresh flower from Cameron~
p/s: next family trip ke mana plak?? aku cadangkan ke pulau perhentian.. ayah nak pegi pulau langkawi.. acap? aiman? ibu? nak pegi mana plak? hee~
0 comments:
Post a Comment