..drop ur link here..

DROP UR LINK HERE.. SENANG NANTI NAK MELAWAT
tengs~ sudi singgah..

THEM

30 December 2011

family day 2011

assalammualaikum...
24-25 Disember 2011 | Ismah Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka ...


tahun ini adalah tahun kedua kami berkumpul di luar kampung halaman
tahun pertama dibuat di Port Dickson (click here)
tahun kedua di Melaka
dan tahun ketiga (next year..) akan dibincangkan kemudian

kami mengamalkan konsep sebilik bukan mengikut family..
maksudnya 
tahun lps kami menginap di 4 apartment mengikut kategori Pak Saudara, Mak Saudara, Cucu Lelaki, Cucu Perempuan.. 
tahun ini masih mengikut konsep yang sama cume kami diberikan chalet yang hanya memuatkan 3 org max.. jd kos naik sedikit tahun ni.. terpaksa menyewa lbh kurang 15 chalet utk memuatkan 55 org..

Ayah-ayah dan ibu-ibu masih tidur sebilik mengikut family, tetapi anak-anaknye tidur bersama cousin-cousin..
saya tidur bersama cousin saya Fatin dan nenek saya.. =)

24 Dec | Sabtu
petang tu cuaca tak mengizinkan.. ujan je sepanjang petang..
jadi sukaneka terpaksa ditunda kepada keesokkan hari nya..
malam tu hanya ada aktiviti makam malam dan 2 kuiz..
menu makan malam : nasi goreng + mihun goreng + ayam panggang + ikan bakar + kerang rebus + wedges + tomyam + ulam + kerabu mangga + sagu + rojak buah + rambutan + air cordial 

kuiz
1 kuiz untuk family yg bertajuk "sejauh mana anda mengenali keluarga Othman.." hadiahnye adalah barang dari Tupperware..
antara soalannye:
| tahun berapakah arwah atok meninggal? | siapakah nama anak Othman yang meninggal dunia? | berapakah umur anak bongsu kpd anak bongsu keluarga Othman? | apakah nama sebenar isteri PakLan. | Dimanakah anak pertama PakNdak bekerja? | ..... so on so on la.. |

dan 1 lg untuk yang berkahwin tajuk nye "sesuai ko?" dan hadiahnya ialah RM10 utk 1 jwpn betul..
antara soalan nye :
| tarikh lahir isteri anda | rancangan tv kegemaran isteri anda | warna kegemaran isteri anda | sebelum tidur apakah isteri anda lakukan | adakah anda berdengkur semasa tidur | 

25 Dec | Ahad
breakfast nasi lemak dan roti berjem..
sukaneka... bahagikan kpd 3 group..
game nyer.. | 1. jalan atas batu-bata | 2. bawa bola pingpong atas chopstick | 3. lari sambil kaki diikat | 4. tarik tali |
kanak-kanak nye kutip gula-gula dan .. tak engt.. sbb tak tgk pulak..

lps sukaneka tamat, kami ambik gambar keluarga besar lak dan indoor game dan aktiviti bebas
chess, dam haji, dam ular, sahibba, mandi kolam dll...
dan tak lupa juga ada penyampaian hadiah dan makan tengahhari..

saya rasa gathering family ini sangat berjaya...
dari 55 orang in total, 53 berjaya hadirkan diri..

here the list..
1. Nenek
2. PakLong + MakLong + 4 anak yang belum bekeluarga = 6 org
3. PakNgah + MakNgah +3 anak = 5 org
4. PakTeh + MakTeh + 3 anak = 5 org
5. MakChik (Ibu saya) + Ayah + 4 anak = 6 org
6. PakNdak + MakNdak + 3 anak = 5 org
7. PakLan + MakTam + 1 anak = 3 org
8. MakUda + PakUda + 7 anak = 9 org
9. PakCu + Maksu + 2 anak = 4 org
10. Cousin Kak Nurul + 1 anak = 2 org
11. Cousin Abg Muiz + Isteri + 2 anak = 4 org
12. Cousin Abg Kahar + Isteri + 1 anak = 3 org

yang tak hadir = Aizuddin adik saya dan suami Kak Nurul sbb bkerja..

PakLong kata, selagi nenek masih ada ni, kite teruskan lah family day ni setiap tahun..

selain family day ini jg, kami sempat jg berkumpul setiap rumah anak-anak Othman ini mengikut turutan..
2010 di rumah PakLong di Rantau.. 2011 di rumah PakNgah di Jelai dan rumah PakTeh di Melaka
akan datang tiba pula giliran umah saya di Seremban ni... tak pasti bile tarikh yang sesuai.. tunggu masa dan ketika jerk..

p/s : looking forward for next year punye gathering pulak..

24 December 2011

25 dec

assalammualaikum..

sejak-sejak ni, bff ku ni terlalu rindu kan aku ni hah..
heee.. tak dpt nk text kt phone, kite tweet je eh..
lps tu baru semalam dia kate, die go through baca entry2 aku kt dalam belog ni..
"teater badai semalam tu macam best la.. , best nye duk mesia dpt tgk movie, karok lagu melayu.., nak pinjam novel Sophie Kinsella la.. terperanjat aku dah g kursus kahwin la.. "
Haha..die baca balik entry2 kat belog ni sebab miss sgt dgn aku..
wah... mstilah berbangga ni..  terharu la weyh... nak nanges.. (T_T)
maceh syg... cpt2 balik mesia..

nanti tunggu la kedatangan aku kat sana tau..
nanti bawa aku dgn adik kau jejalan pusing bandung eah..
nak merasa travel seseorang.. tanpa kawan dan ibu ayah..

my prevoius entry khas untuk bff, Faezah.. (click here)

rindu kat Doctor to be ni..
berkawan sejak darjah 2 kan.. 1996..
berjiran, sama sekolah tapi tak pernah sama kelas..
berpisah di sekolah menengah.. tapi we still best friend kan..

ini entry untuk kamu jgk..
sempena birthday die yang ke-23 | 25 December 2011

NOR FAEZAH ABD MANAN


dan untuk romate ku jgk..
Merry Christmas Glo-chan..
sedeyh tak dapat balik Miri menyambut dgn family kan..
nak rasa masakan umai jgk.. huhux..
chillex glo...~

p/s: saya nak ke melaka.. ade family day dgn sedara belah ibu.. almost 50 lbh orang jugak.. akan di update kemudian..

18 December 2011

Trip to Utara - Part 2

continue from last entry..
previous post :
Hot Spring dan Gua Tempurung - here
Kellie Castle - here
Penang Part 1 - here

saya baru terperasan.. last entry, Penang Part 1 tu terlalu panjang.. banyak sangat gambar .. kurang perceritaan.. 2 hari dimasukkan dalam 1 entry.. HAHA.. saya tak sesuai la jadi editor.. tak pandai nak mengarang ni..

last day;
kami ke War Museum
yang terletak di Batu Naung..
entrance fee RM15.. tidak terlalu mahal dgn pengalaman yang menarik bersama kengkawan.
muzium ni mendatangkan kelainan kpd kami.. interesting place..
kami merangkak di lorong2 kecik, kami memanjat tangga kecik naik ke atas,
kami berjumpa dgn lady in long hair.. *bile malam, scary!! nk tgk mse siang pn dah rase takut2..
kami dpt merasa berada di kubu pertahanan.. dan mcm2 lagi yg menarik d sini..
muzium ni sgt menarik utk dikunjungi but a bit scary~ hehe..

Panoromic View
agaknye dulu bila askar dtg menyerang dr laut, dh nmpk dr jauh.. hee.. 
view dari atas bukit..
war museum memang terletak jauh dr jalan besar..


tengahari, kami berkampung di rumah Sapiq a.k.a apit atau blogger SSM~
rumah die terletak di Balik Pulau, Penang..
mcm dah nak wat kenduri jek.. siap meja semua kan..
terima kasih kpd keluarga Apit..
lauk2 nye sgt banyak dan sedap..
layanan yang kami terima sgt istimewa..
siap tapau bawa balik air oren tu lg.. hihi~

kami tinggalkan sapiq kat rumah dia..
dan kami teruskan perjalanan kami balik ke KL~

end of our vacation~

geng KBX dan WUJ sempat menyinggah kedai menjual jeruk-jeruk ni..
geng WPQ plak, teruskan perjalanan ke Ipoh utk mghantar Kerol..
terima kasih kpd Kerol, yang drive dari penang terus ke ipoh..
dan Cik yg drive terus dr Ipoh ke Klang utk mghantar Dinie.. dan terus ke Ampang..
saya sampai rumah di Seremban dalam tengah malam.. ngantok dan penat..

heee.. tapi wonderful vacation~

geng KBX : Sapiq (Balik Pulau), Wanie (Alor Star), Izati (Bukit Mertajam)
geng WUJ : Ija, Maira, Liza, Daya (semuanya di KL.. area Gombak)
geng WPQ : Cik (Ampang), Kerol (Ipoh), Dinie (Klang), Shiqin (Seremban)

kenangan di Gua Tempurung paling best~
supper @Nasi Kandar Beratur

p/s : our next trip?? need some beach and blue sky?
'The cure for anything is salt water - sweat, tears or the sea."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...