..drop ur link here..

DROP UR LINK HERE.. SENANG NANTI NAK MELAWAT
tengs~ sudi singgah..

THEM

30 December 2011

family day 2011

assalammualaikum...
24-25 Disember 2011 | Ismah Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka ...


tahun ini adalah tahun kedua kami berkumpul di luar kampung halaman
tahun pertama dibuat di Port Dickson (click here)
tahun kedua di Melaka
dan tahun ketiga (next year..) akan dibincangkan kemudian

kami mengamalkan konsep sebilik bukan mengikut family..
maksudnya 
tahun lps kami menginap di 4 apartment mengikut kategori Pak Saudara, Mak Saudara, Cucu Lelaki, Cucu Perempuan.. 
tahun ini masih mengikut konsep yang sama cume kami diberikan chalet yang hanya memuatkan 3 org max.. jd kos naik sedikit tahun ni.. terpaksa menyewa lbh kurang 15 chalet utk memuatkan 55 org..

Ayah-ayah dan ibu-ibu masih tidur sebilik mengikut family, tetapi anak-anaknye tidur bersama cousin-cousin..
saya tidur bersama cousin saya Fatin dan nenek saya.. =)

24 Dec | Sabtu
petang tu cuaca tak mengizinkan.. ujan je sepanjang petang..
jadi sukaneka terpaksa ditunda kepada keesokkan hari nya..
malam tu hanya ada aktiviti makam malam dan 2 kuiz..
menu makan malam : nasi goreng + mihun goreng + ayam panggang + ikan bakar + kerang rebus + wedges + tomyam + ulam + kerabu mangga + sagu + rojak buah + rambutan + air cordial 

kuiz
1 kuiz untuk family yg bertajuk "sejauh mana anda mengenali keluarga Othman.." hadiahnye adalah barang dari Tupperware..
antara soalannye:
| tahun berapakah arwah atok meninggal? | siapakah nama anak Othman yang meninggal dunia? | berapakah umur anak bongsu kpd anak bongsu keluarga Othman? | apakah nama sebenar isteri PakLan. | Dimanakah anak pertama PakNdak bekerja? | ..... so on so on la.. |

dan 1 lg untuk yang berkahwin tajuk nye "sesuai ko?" dan hadiahnya ialah RM10 utk 1 jwpn betul..
antara soalan nye :
| tarikh lahir isteri anda | rancangan tv kegemaran isteri anda | warna kegemaran isteri anda | sebelum tidur apakah isteri anda lakukan | adakah anda berdengkur semasa tidur | 

25 Dec | Ahad
breakfast nasi lemak dan roti berjem..
sukaneka... bahagikan kpd 3 group..
game nyer.. | 1. jalan atas batu-bata | 2. bawa bola pingpong atas chopstick | 3. lari sambil kaki diikat | 4. tarik tali |
kanak-kanak nye kutip gula-gula dan .. tak engt.. sbb tak tgk pulak..

lps sukaneka tamat, kami ambik gambar keluarga besar lak dan indoor game dan aktiviti bebas
chess, dam haji, dam ular, sahibba, mandi kolam dll...
dan tak lupa juga ada penyampaian hadiah dan makan tengahhari..

saya rasa gathering family ini sangat berjaya...
dari 55 orang in total, 53 berjaya hadirkan diri..

here the list..
1. Nenek
2. PakLong + MakLong + 4 anak yang belum bekeluarga = 6 org
3. PakNgah + MakNgah +3 anak = 5 org
4. PakTeh + MakTeh + 3 anak = 5 org
5. MakChik (Ibu saya) + Ayah + 4 anak = 6 org
6. PakNdak + MakNdak + 3 anak = 5 org
7. PakLan + MakTam + 1 anak = 3 org
8. MakUda + PakUda + 7 anak = 9 org
9. PakCu + Maksu + 2 anak = 4 org
10. Cousin Kak Nurul + 1 anak = 2 org
11. Cousin Abg Muiz + Isteri + 2 anak = 4 org
12. Cousin Abg Kahar + Isteri + 1 anak = 3 org

yang tak hadir = Aizuddin adik saya dan suami Kak Nurul sbb bkerja..

PakLong kata, selagi nenek masih ada ni, kite teruskan lah family day ni setiap tahun..

selain family day ini jg, kami sempat jg berkumpul setiap rumah anak-anak Othman ini mengikut turutan..
2010 di rumah PakLong di Rantau.. 2011 di rumah PakNgah di Jelai dan rumah PakTeh di Melaka
akan datang tiba pula giliran umah saya di Seremban ni... tak pasti bile tarikh yang sesuai.. tunggu masa dan ketika jerk..

p/s : looking forward for next year punye gathering pulak..

24 December 2011

25 dec

assalammualaikum..

sejak-sejak ni, bff ku ni terlalu rindu kan aku ni hah..
heee.. tak dpt nk text kt phone, kite tweet je eh..
lps tu baru semalam dia kate, die go through baca entry2 aku kt dalam belog ni..
"teater badai semalam tu macam best la.. , best nye duk mesia dpt tgk movie, karok lagu melayu.., nak pinjam novel Sophie Kinsella la.. terperanjat aku dah g kursus kahwin la.. "
Haha..die baca balik entry2 kat belog ni sebab miss sgt dgn aku..
wah... mstilah berbangga ni..  terharu la weyh... nak nanges.. (T_T)
maceh syg... cpt2 balik mesia..

nanti tunggu la kedatangan aku kat sana tau..
nanti bawa aku dgn adik kau jejalan pusing bandung eah..
nak merasa travel seseorang.. tanpa kawan dan ibu ayah..

my prevoius entry khas untuk bff, Faezah.. (click here)

rindu kat Doctor to be ni..
berkawan sejak darjah 2 kan.. 1996..
berjiran, sama sekolah tapi tak pernah sama kelas..
berpisah di sekolah menengah.. tapi we still best friend kan..

ini entry untuk kamu jgk..
sempena birthday die yang ke-23 | 25 December 2011

NOR FAEZAH ABD MANAN


dan untuk romate ku jgk..
Merry Christmas Glo-chan..
sedeyh tak dapat balik Miri menyambut dgn family kan..
nak rasa masakan umai jgk.. huhux..
chillex glo...~

p/s: saya nak ke melaka.. ade family day dgn sedara belah ibu.. almost 50 lbh orang jugak.. akan di update kemudian..

18 December 2011

Trip to Utara - Part 2

continue from last entry..
previous post :
Hot Spring dan Gua Tempurung - here
Kellie Castle - here
Penang Part 1 - here

saya baru terperasan.. last entry, Penang Part 1 tu terlalu panjang.. banyak sangat gambar .. kurang perceritaan.. 2 hari dimasukkan dalam 1 entry.. HAHA.. saya tak sesuai la jadi editor.. tak pandai nak mengarang ni..

last day;
kami ke War Museum
yang terletak di Batu Naung..
entrance fee RM15.. tidak terlalu mahal dgn pengalaman yang menarik bersama kengkawan.
muzium ni mendatangkan kelainan kpd kami.. interesting place..
kami merangkak di lorong2 kecik, kami memanjat tangga kecik naik ke atas,
kami berjumpa dgn lady in long hair.. *bile malam, scary!! nk tgk mse siang pn dah rase takut2..
kami dpt merasa berada di kubu pertahanan.. dan mcm2 lagi yg menarik d sini..
muzium ni sgt menarik utk dikunjungi but a bit scary~ hehe..

Panoromic View
agaknye dulu bila askar dtg menyerang dr laut, dh nmpk dr jauh.. hee.. 
view dari atas bukit..
war museum memang terletak jauh dr jalan besar..


tengahari, kami berkampung di rumah Sapiq a.k.a apit atau blogger SSM~
rumah die terletak di Balik Pulau, Penang..
mcm dah nak wat kenduri jek.. siap meja semua kan..
terima kasih kpd keluarga Apit..
lauk2 nye sgt banyak dan sedap..
layanan yang kami terima sgt istimewa..
siap tapau bawa balik air oren tu lg.. hihi~

kami tinggalkan sapiq kat rumah dia..
dan kami teruskan perjalanan kami balik ke KL~

end of our vacation~

geng KBX dan WUJ sempat menyinggah kedai menjual jeruk-jeruk ni..
geng WPQ plak, teruskan perjalanan ke Ipoh utk mghantar Kerol..
terima kasih kpd Kerol, yang drive dari penang terus ke ipoh..
dan Cik yg drive terus dr Ipoh ke Klang utk mghantar Dinie.. dan terus ke Ampang..
saya sampai rumah di Seremban dalam tengah malam.. ngantok dan penat..

heee.. tapi wonderful vacation~

geng KBX : Sapiq (Balik Pulau), Wanie (Alor Star), Izati (Bukit Mertajam)
geng WUJ : Ija, Maira, Liza, Daya (semuanya di KL.. area Gombak)
geng WPQ : Cik (Ampang), Kerol (Ipoh), Dinie (Klang), Shiqin (Seremban)

kenangan di Gua Tempurung paling best~
supper @Nasi Kandar Beratur

p/s : our next trip?? need some beach and blue sky?
'The cure for anything is salt water - sweat, tears or the sea."

09 December 2011

Trip to Utara - Part 1

assalammualaikum..

bulan 12/2011 datang tanpa kita sedar..
begitu cepat masa berlalu..

this story is continue from last year entry...
waah.. dah setahun kan...
previous entry (pls click)
1. destinasi percutian geng KBX, WPQ dan WUJ
2. bergambar indah di Kellie Castle

disebabkan dah setahun berlalu, saya kurang mengingati tempat2 yang kami telah singgah..

ni sebahagiannye..

destinasi kelima : Pulau Pinang..
our tourist guide : Izzati dan Sapiq (orang balik pulau ni)
penginapan : Broadway Budget Hotel, Jalan Masjid Kapitan Keling

2011 adalah tahun melawat pulau pinang..
jadi tourist guide kami tu senanglah jumpa maps yang menunjukkan lokasi percutian yang menarik di pulau pinang.. Maps tu kate nya hanya diambil kat Mall area pulau pinang ni jg.. ada maps pun boleh sesat gak la.. haha.. tapi dgn ada nya maps, senang sikit untuk kami wat diskusi di mana tempat yang nak pergi dan taknak pergi..


16 Dec 2010
kami memasuki pulau dengan menaiki feri.. dah lama tak jejak naik atas feri ni kan..
dan kami terus ke pantai batu feringhi..
menghirup udara segar dan lunch di sana juga..
aku tak faham kenapa kepala nak senget2 ni.. hahax
memandangkan takde sape pun nak mandi kat pantai ni kan,
kami teruskan perjalanan ke butterfly farm.. tapi jam pun dah kul 5 ptg.. tempat itu pn dah tutup..
just mengambil gambar di entrance je.
seterusnya kami ke taman negara pulau pinang..
erk.. tak boleh masuk jg sbb dh tutup, jadi kami jejalan je kat tepi laut tuh je..
sesi mengambil gambar lagi....

kami sempat singgah di masjid terapung utnuk solat jamak maghrib dan isyak
mase jamak zohor dan asar pun, kami solat di sini..
cantek masjidnya, dibina di atas air..

dan aktiviti malam sebelum berangkat tidur di hotel budget lagi selesa dan murah...
kami singgah ke Gurney Plaza untuk tengok wayang.. hehe..
Narnia in screen..
11 keping tiket tuh..


next day; 17 Dis 2010
kami jejalan lagi pusing penang...

breakfast - taman rekreasi pulau pinang - taman botanical - toy museum - boling - nasi kandar beratur..

kami berjalan kaki dari hotel menyusur ke deretan kedai mencari kedai yg buka untuk bersarapan. rasa nya macam ade orang belanja kami pekena roti canai la.. can't remember la sapa dia.. ke belanja diri sendiri? hee~

selesai jer bersarapan, kami menuju ke taman rekreasi pulau pinang..
walaupun bukan hujung minggu (jumaat), terdapat ramai kanak-kanak bersama keluarganya datang beriadah dan bermandi manda.. kami macam biasalah.. ambik gambar sebanyak mungkin~ =)
next, kami ke botanical garden.. 
masa ini ade karnival pertanian kalau tak salah.. jadi tak boleh bawa kete naik parking kat atas.. terpaksa menapak jauh cikit.. jadi dengan ketidaklaratan ini, kami hanya menaiki trem untuk berpusing satu taman..

sebelum balik hotel untuk berehat... kami sempat singgah di toy museum..
banyak sungguh koleksi patung2 kartun yang ada kat sini..
tapi bagi kami, harga tiket masuk dia tak setimpal..
RM10 terlalu mahal untuk perjalanan yang sekejap.. dalam 15 minit pun dh selesai pusing 1 museum..
ingatkan boleh la pegang.. tapi hanya tengok patung-patung ni berada di dlm kaca lutsinar shj.. tsk tsk
 
malam... kami melayan boling... oo ni sebab sapiq semangat sangat nak main kan..
jadi dia la yang tunjuk tempat.. memang negeri kelahiran dia pun..
here the score.. team A mengalahkan team B dalam kedua-dua pusingan.. huh -_-!

before midnyte, kami supper di nasi kandar beratur di jalan masjid kapitan keling.. (near to our hotel)
yah.. trully.. menarik sangat nama gerai tu hah.. semua orang memang beratur pun nk pekena nasi kandar..
the best in town.. or perhaps in Malaysia.. haha..
saya bukan lah peminat nasi kandar, tapi di sini memang superb terbaik..
tak nak lepaskan peluang disbbkan gerai ini dah pun masuk dalam warung kita astro ria..
memang berbaloi sebab lauk nye sedap walaupun kami beratur sampai sejam gak la..
lagi malam, lagi ramai orang datang..
gerai ini dibuka seawal 10 malam sehingga pagi..

must click this link for a review from 1 blogger.. | food review |
tido dengan lena selepas aktiviti yang mengenyangkan... haha..

continue next entry... here (click)

p/s : geng... picture tells everything..  cekidout more pixie kat facebook Cik A'tiqah (link) dan Waniey Fuad (link part 1 | link part 2)

05 December 2011

berombak rindu

assalammualaikum..

alahai.. tajuk entry nak berdrama je kan..
tsk tsk.. teringin nak tengok movie ombak rindu weekend hari tu (read 4 dec)
tapi apa lah naseb kan.. tidak kesampaian.. keramaian orang dan sold out (T_T sedang mengalirkan air mata)

tapi nak juga guna tajuk ombak rindu
itu tandanya, saya memang teringin nak pergi tengok ni..
hehee..~ harus pilih hari bekerja.. weekdays~  dan payment via online~
anyone anyone nak belanja saya? nak teman saya? ade tak??


ceriteria kesah semalam;

kami sempat ke fiesta buku Karangkraf..
dan sempat la membeli lebih dari 5 novel.. (kami itu merujuk kepada saya, wani dan salwa)
a
da novel ombak rindu jg
less 30% tu.. sapa yang tak nak kan.. kaki novel macam saya ni, mestilah harus rebut peluang yang ada..
tak kesah la walaupun lambat sampai Mall nk gie tengok wayang nanti ni..
walaupun jarum jam dah menunjukkan angka 12 tengahhari
dapat juga walaupun tak banyak.. kalau nak diikutkan, ade orang tu nak beli lagi banyak,
tapi kekangan helaian wang kertas~.. sob sob..

nanti next year 28 dan 29 jan 2012, akan berlangsungnya Karnival Karangkraf di Seksyen 15.. masa ni pun boleh grab novel disc 30%..

tapi satu je yang perlu diperbaiki.. sistem kaunter pembayarannye..
separate kan pembayaran via credit card dan cash..  ini, kami yg pkai cash 1 minit je dah boleh setel, terpaksa tggu mereka yang pkai credit card yg byk sgt mslh nye.. lenguh kaki kami tau.. huhu..


next next destination...

heading to MidValley..
wah.. pasrah je la.. confirm ombak rindu sold out.. huhux..

tapi alhamdulillah, parking senang, tak macam ari tu, semua parking mid tutup.. full..
naik-naik je kt level wayang tu, cam bese la, beratur kan main panjang sampai ke esclator..
ketakutan menjadi.. almost selling fast and 1 already sold out..

ok.. itu lah saya tak suka tengok wayang kat midvalley weekend.. sebab keramaian orang...
tapi memandangkan Mid adalah centre Mall antara s.alam dan KL,
dan dah lama tak jejalan kat Mid.. ke sini jg kami..
feveret spot saya masih lagi di times square.. haha..
ape beza? ramai org jugak.. mgkin kt times ok lg kot, sbb byk tempat leh singgah..
g lowyat boleh, lot 10 boleh, BB boleh, pavi pn boleh..
kedai2 kat times pun murah2 gak..
tapi cam bese.. jauh dari rumah.. (read : rumah di seremban :p)

kami berlima berenam dan bertujuh..
melayan cerita Misteri Jalan Lama.. dah tu je yg available dan awal waktu kan..
not bad la.. boleh la layan..
tapi nak ombak rindu jgk.. hee~




maceh pada mereka yang belanja itu..
mereka yang dah berkerjaya kan..
cayang korunk lebih la..

Khairul : Belanja kami minum kat food court
Cik : Belanja kami makan petang kat Aunty Anne
Ehsan : belanja kami kudapan di GSC
Sapiq : belanja kami tiket parking kete
wani dan salwa : will be belanja kami kan.. hee~
and me?? : belanja korunk duit minyak dan Big Apple..

nice..

sharing is caring...

smile smile and smile..

maceh kengkawan..

c u ols next tyme~

*kthnkbye*

27 November 2011

my list of vlogger

assalammualaikum

vlogger maksudnya mereka yang meluahkan rasa pemikiran, pendapat or apa-apa je lah dalam bentuk video..  kalau dalam bentuk diari seharian, macam buat blog ni hah.. jadi blogger
kalau bentuk video; jadi la vlogger~

sehingga 27 Nov 2011
youtuber ~  subscribed

1) MatLuthfi
blog dan facebook dan twitter : tiada atau tidak dapat dikesan

video yang mempopularkan MatLuthfi; Typical Local Film/Drama Scenes
lebih 530,000 viewer sejak di upload 8 Feb 2011
vidiyo lain yang best; Serta Paksa, Nama pun sampah dan byk lg.
semua video die best-best sampai masuk RemajaTV3 lah.. Dia ni baru berusia 21thn, orang kedah, study kt aussie course architecture


2) IniAnwarHadi
youtube channel : http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi
blog : http://anakazman.blogspot.com/

video yang mempopularkan AnwarHadi sampai menang trofi dari Digi Award; EwWwW
lebih 570,000 viewer sejak di upload 29 Jan 2011
video lain yang menarik; Negaraku, Facebook ends Ana Raffali
tak pasti plak umur die berapa.. rasenye dalm 20/21 tahun.. org kedah jg, study kt aussie course TesoL kot..


3) AmanWan

vidiyo yang mempopularkan dia; iKLan Gangster
lebih 900,000 viewer sejak diupload 2 Ogos 2011
antara vidiyo yang menarik jg - Salah Faham Berchatting
Dia ni juga seorang pelukis komik =D


vidiyo yang mempopularkan dia ni; Putus di Twitter (ending lagu Cinta Muka Buku)
lebih 270,000 viewer sejak diupload 13 Oct 2011
antara vidiyo lain yang menarik; Parody Price Tag
En.Mimpi ni suka buat lagu parody2 bersama petikan gitar.. suara gemersik gitu..
nak tahu lebih lanjut tentang semua video dia, leh baca kt blog dia..


5) AimanAzlan
youtube : http://www.youtube.com/user/aimanazlan90
blog : http://www.aimanazlan.com/

21 tahun, sedang belajar di Uni Toronto, Canada..



6) ShahrinCool
youtube : http://www.youtube.com/user/shahrincool
blog : http://batmantakpower.blogspot.com/

lebih 59,000 viewer dalam video Cermin Diri Dulu
baru habis Form4, 16 tahun. muka nak macam chinese da kan..


sekian; 


terima kasih kepada blogger-blogger lain yang mempromotekan vlogger2 di atas..
seperti beautifulnara, oh media dll~
tanpa mereka ni, saya tak dapat la nak jumpa mereka yang petah berbicara ni kan..
dan memberikan kecerian di kala kesunyian dan kesedihan..
peace (^_~)

*kthnkbye*


p/s : if u find any other interesting blogger/vlogger, pls recommend to me~ tqvm

25 November 2011

HBTY~

assalammualaikum..

HBTY atau panjangnye; Happy Birthday To You~
atau kalau nak manja sikit; Hepy BestDay..

hepy bestday to you, my old friend..
the special one..
25 November every year..

alhamdulillah,
syukur kepada Allah kerana memberikan sehari lagi untuk bernafas
dan berterima kasih kepada emak kamu kerana melahirkan kamu dan menjaga kamu sampai sekarang..

semoga kamu dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur
May Allah bless u always~

homemade card with small and cute button~

homemade cake.. kek batik ajer.. 1st tyme saya buat sendiri berkat tunjuk ajar roomate~ tenkiu mate..
lupekan comot-comot itu yer.. 
and lastly, the gift..

 sekian, dari empunya belog..

thank for the wonderful day~

" The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart." - Helen Keller~

*kthnkbye*

p/s : terima kasih kpd dia untuk segalanya~

21 November 2011

MondayCouple

Monday Couple in Running Man
| cute and funny couple |
variety show from Korea =)

i just love them..
kalau lah mereka ni masuk dalam variety show We Got Married (WGM), pasti mendapat rating yang tinggi..
tapi dimaklumkan, Running Man (RM) - Monday Couple ini dilahirkan dalam keluarga SBS dan bukan dari terbitan MBC.. macam mustahil je ntuk disenaraikan.. alaa.. fan die smua nk mereka dimasukkan dlm WGM kan kan....

Song Ji Hyo (Blank JiHyo)
- 15 Aug 1981 | Actress -

Kang Gary (Peaceful Gary)
- 24 Feb 1978 | Artist Rapper - 




source :  fanpage FB 
akan terus menunggu menunggu mereka dalam next episode~


p/s : next couple dalam WGM after KhunToria yang akan dilayan?? hum.. Leeteuk dan Kang Sora?? we will see..

20 November 2011

20112011

today is 20 Nov 2011 or 20112011 =)

tapi nak cite kesah semalam..

19 Nov 2011
Panggung Bandaraya DBKL
Teater : Bangsawan Merong Mahawangsa

1. MERONG MAHAWANGSA – Raja Azrey
2. EMBOK –Syarita Karai
3. PUTERA MARCUS –Thye Mentor
4. PAK KESOM –Dato’ Jalaluddin Hasan
5. TAJI – Adie Ariffin
6. KEMAWAS –DJ Pool
7. TELANI –Nazila Mat Safian
8. DON SIGAR – Haniff Ariffin
9. DON SIRA – Along Zainureen
10. LAKSAMANA LIU YUN – Azhar Sharmal
11. PUTERI LIU LIN – Marina Bhai


SINOPSIS – Merong Mahawangsa
   Kisah tertumpu kepada 2 pasangan berkasih iaitu Merong Mahawangsa dan juga embok gadis kg di tanah langkasuka. Impian cinta mereka di gambarkan sungguh indah, namun tidak terlalu jelas seperti percintaan pasangan kekasih lain oleh kerana kehidupan penuh dengan pergolakan latar belakang diri. Konflik bermula bila Embok di larikan oleh tentera Taji dalam satu pertempuran yang tidak di sangka.

   Kehilangan Embok di ratapi sedih oleh ayah angkatnya Pak Kesom, dan dari situ terbongkarlah segala kisah di sebalik kejadian menimpa. Taji dan orang-orangnya menyimpan dendam terhadap Kesom di atas ketidakpuasan hati sejak berguru suatu ketika dulu. Merong berjanji akan menjejak Embok dan menyelamatkannya seterusnya memusnahkan kuasa taji dan gerudanya. Namun begitu kelemahan tenaga serta kekuatan membuatkan usaha Merong sedikit terjejas.

   Di kala inilah datangnya Seorang pahlawan tentera dari cina iaitu Laksamana Liu Yun menawar diri membantu tetapi bersyarat, Merong mesti membantunya menyelamatkan adiknya iaitu puteri cina yang juga di larikan oleh kuasa Taji. Merong setuju dan mereka bersatu, akhirnya kuasa Taji dan gerudanya dapat di tewaskan dek kebijaksanaan Merong, namun terjadi sesuatu tragedi yang tidak di sangka. Merong serta yang lain terperangkap dengan tipu muslihat Taji.

source : Sensasi Selebriti

pas masuk adalah percuma..
setelah diberikan secara khas oleh wakil ibu saya..
tehee.. tengs ibu..

sempena majlis penangguhan bulan bahasa kebangsaan 2011, peringkat Kuala Lumpur
teater ini adalah acara kemuncak nye..
ibu saya selalu je dapat invitation menyaksikan teater, tapi tak pernah nak pi tengok sbb timing nye yang kurang cantek..
jadi bila ada peluang ini, ibu memberikan kpd saya.. tenkiu =)
jadi saya mengajak romate saya, Gloria dan Wani.

so far,
overall cerita menarik.. heroin nye tak macam heroin.. sbb tak berapa banyak sangat dialog..
yang lelain ok la.. suka susunan muziknye jg.. 
dan kami suka tengok gelagat seorang lelaki ni.. menarik tertarik..
setiap kali die keluar, setiap kali die bercakap, dialog nye hanya lah
"kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai.. HAHA.."
menjadi plak tu watak lembut die.. kelass..

antara scene ke scena, akan dihiburkan dgn persembahan dari
No Entry (Maharaja Lawak) dan penyanyi Qalesyah dan penyanyi Thye dari Mentor

gud jobs u'ols..


soseh soseh..
berbeza sedikit dengan cara penukaran babak antara Panggung DBKL dan Istana Budaya..
di IB tidak dhiburkan dengan selingan-selingan seperti menyanyi ke, lawak kampus ke ape2 lah.. saya rase sbb di IB, pentas die besar dan canggih.. props die boleh turun naik kiri dan ke kanan la.. so tak makan byk masa nk menukar dari satu babak ke satu babak.. 
tolak ke belakang, tolak ke kiri, tolak ke kanan, naik atas dan bawa turun bawah jer..
huhu. saya memang terpaku cara mereka menukar props.. ohsem~
patutla harga tiket die pun mahal kan.. value for money gitu..

ape-ape pun.. saya suke tengok teater..
yeah..

*kthnkbye*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...