tapi nak cite kesah semalam..
19 Nov 2011
Panggung Bandaraya DBKL
Teater : Bangsawan Merong Mahawangsa
1. MERONG MAHAWANGSA – Raja Azrey
2. EMBOK –Syarita Karai
3. PUTERA MARCUS –Thye Mentor
4. PAK KESOM –Dato’ Jalaluddin Hasan
5. TAJI – Adie Ariffin
6. KEMAWAS –DJ Pool
7. TELANI –Nazila Mat Safian
8. DON SIGAR – Haniff Ariffin
9. DON SIRA – Along Zainureen
10. LAKSAMANA LIU YUN – Azhar Sharmal
11. PUTERI LIU LIN – Marina Bhai
SINOPSIS – Merong Mahawangsa
Kisah tertumpu kepada 2 pasangan berkasih iaitu Merong Mahawangsa dan juga embok gadis kg di tanah langkasuka. Impian cinta mereka di gambarkan sungguh indah, namun tidak terlalu jelas seperti percintaan pasangan kekasih lain oleh kerana kehidupan penuh dengan pergolakan latar belakang diri. Konflik bermula bila Embok di larikan oleh tentera Taji dalam satu pertempuran yang tidak di sangka.
Kehilangan Embok di ratapi sedih oleh ayah angkatnya Pak Kesom, dan dari situ terbongkarlah segala kisah di sebalik kejadian menimpa. Taji dan orang-orangnya menyimpan dendam terhadap Kesom di atas ketidakpuasan hati sejak berguru suatu ketika dulu. Merong berjanji akan menjejak Embok dan menyelamatkannya seterusnya memusnahkan kuasa taji dan gerudanya. Namun begitu kelemahan tenaga serta kekuatan membuatkan usaha Merong sedikit terjejas.
Di kala inilah datangnya Seorang pahlawan tentera dari cina iaitu Laksamana Liu Yun menawar diri membantu tetapi bersyarat, Merong mesti membantunya menyelamatkan adiknya iaitu puteri cina yang juga di larikan oleh kuasa Taji. Merong setuju dan mereka bersatu, akhirnya kuasa Taji dan gerudanya dapat di tewaskan dek kebijaksanaan Merong, namun terjadi sesuatu tragedi yang tidak di sangka. Merong serta yang lain terperangkap dengan tipu muslihat Taji.
source : Sensasi Selebriti
pas masuk adalah percuma..
setelah diberikan secara khas oleh wakil ibu saya..
tehee.. tengs ibu..
sempena majlis penangguhan bulan bahasa kebangsaan 2011, peringkat Kuala Lumpur
teater ini adalah acara kemuncak nye..
ibu saya selalu je dapat invitation menyaksikan teater, tapi tak pernah nak pi tengok sbb timing nye yang kurang cantek..
jadi bila ada peluang ini, ibu memberikan kpd saya.. tenkiu =)
jadi saya mengajak romate saya, Gloria dan Wani.
so far,
overall cerita menarik.. heroin nye tak macam heroin.. sbb tak berapa banyak sangat dialog..
yang lelain ok la.. suka susunan muziknye jg..
dan kami suka tengok gelagat seorang lelaki ni.. menarik tertarik..
setiap kali die keluar, setiap kali die bercakap, dialog nye hanya lah
"kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai.. HAHA.."
menjadi plak tu watak lembut die.. kelass..
antara scene ke scena, akan dihiburkan dgn persembahan dari
No Entry (Maharaja Lawak) dan penyanyi Qalesyah dan penyanyi Thye dari Mentor
gud jobs u'ols..
soseh soseh..
berbeza sedikit dengan cara penukaran babak antara Panggung DBKL dan Istana Budaya..
di IB tidak dhiburkan dengan selingan-selingan seperti menyanyi ke, lawak kampus ke ape2 lah.. saya rase sbb di IB, pentas die besar dan canggih.. props die boleh turun naik kiri dan ke kanan la.. so tak makan byk masa nk menukar dari satu babak ke satu babak..
tolak ke belakang, tolak ke kiri, tolak ke kanan, naik atas dan bawa turun bawah jer..
huhu. saya memang terpaku cara mereka menukar props.. ohsem~
patutla harga tiket die pun mahal kan.. value for money gitu..
ape-ape pun.. saya suke tengok teater..
yeah..
*kthnkbye*
1 comments:
ceronok nyer kamu.... dapat tengok teater... xde sape ke nak bwk ak p... hehe
Post a Comment