..drop ur link here..

DROP UR LINK HERE.. SENANG NANTI NAK MELAWAT
tengs~ sudi singgah..

THEM

08 February 2016

Jan 2016 : Resignation

Salam

lama tak update cerita kat blog..

30 Jan 2016 yang lepas adalah hari terakhir bekerja di firma Radzi & Co.

selepas ini, saya akan rajin update di sini untuk ulang semula kenangan-kenangan lama dan kemas kini kenangan-kenangan yang akan datang.

Banyak entri tertangguh.. hihi..

Saya resign sebab nak kahwin =)

Nanti saya update semula.

k bye


19 January 2015

SNORKELING TRIP : PERHENTIAN-REDANG-LANG TENGAH

29 OGOS; 30 OGOS; 31 OGOS; 1 SEPTEMBER 2014
4H 3M; CHECK IN TERENGGANU

sepatutnya percutian kami ini adalah di Pulau Redang, tetapi last minute booking (2 bulan awal - END OF JUNE) tarikh yang kami pilih tu dah semua resort kt situ memang fully booked.
memang sedikit keciwa la.. yelah.. 30 & 31 Ogos kan cuti Merdeka, Public Holiday memang ramai la orang.

(tips) Pulau Redang - turun Airport Kuala Terengganu; teksi terus ke Jeti Merang (bot persendirian) (30-45minit).. kalau naik bot awam, turun kat jeti Syahbandar
(tips) Pulau Perhentian - turun Airport Kota Bahru; teksi terus ke Jeti Kuala Besut (1 jam perjalanan, Kos RM80)

disebabkan chalet/resort dah penuh di Redang, terpaksa la kami tukar plan bercuti di Pulau Perhentian pula.
Kami pilih Pulau Perhentian Kecil.. sebab more havoc havoc.. (lagipun Perhentian Besar aku dah pernah pergi dgn family tahun 2013)

kami ambil package di Mohsin Chalet di Long Beach, Perhentian Kecil
(tips) nak tengok SUNSET - pilih chalet di CORAL BAY
(tips) nak tengok SUNRISE - pilih chalet di LONG BEACH
(tips) NIGHT LIFE, PERTUNJUKAN API - LONG BEACH
(tips) ketenangan, FAMILY ORIENTED - PERHENTIAN BESAR

jujur aku cakap, nak dibandingkan dengan Perhentian Besar, pasir kt Long Beach ni dah kurang putih.. air laut dia pun tak sebiru langit.. hehe..
tapi di sebalik bukit, di Kincir Angin dia, Ya Allah.. cantek sangat pemandangan... Laut dia kebiruan.. (tips) nak jungle tracking, panjat beratus2 anak tangga naik ke Kincir Angin, pilihlah stay kt Perhentian Kecil.. pemandangan superb cantekkk



TENTATIF

DAY 1 : 29 OGOS (JUMAAT)

bergerak seawal 830 pagi ke KLIA2; flight jam 12 t/hari. sesampai je Airport K.Terengganu, terus cari teksi airport.. charge RM120/way dari Airport ke Jety Merang.. perjalanan ambil masa selama 1jam20minit.. (erk.. hari jumaat, simpati kt pemandu teksi sebab dia tak dapat turun solat jumaat. maafkan kami -_-)

telefon boatman, agak hetic sikit la.. sbb janji dengan Mohsin Chalet check in hari Sabtu.. haha.. tapi kami nak masuk sehari awal, tapi Mohsin Chalet dah penuh.. kami slumber je cari chalet lain sepanjang Long Beach tu.. sumpah penat!! lain kali booking online sesiap..

dari speedboat nak ke pantai Long Beach, kena naik water taxi, bayar je la RM2.. takde pun hantar sampai pasir, kena juga redah air.. ceh....

kami walk in mencari 2/3 chalet, akhirnya jumpa Matahari Chalet.. untuk semalam je nak tidur.. akhirnya dapat juga RM160/day with Aircond. bilik ok, toilet ok. katil ok. ok la.. cuma pemandangan nak masuk chalet ni je yang tak berjaga.. ternampak side yang kotor kat pulau ni.. huhuk..

petang tu jejalan di Long Beach.. dan dinner.. kat sini makan boleh tahan juga.. macam2 menu ada.. harganya pulak atas RM10; biasalah kat pulau kan.. sebelum balik bilik, kami sempat tengok pertunjukan api..

kat sini, penguatkuasa kurang.. orang melayu pun ada nampak jual2 arak ni.. mat saleh dah semestinya ramai.. tempat ini kurang sesuai la kalau bawa family ni, lagi2 yang bawa anak kecil kan..


DAY 2 : 30 OGOS (SABTU)

SNORKELING TRIP by MOHSIN CHALET..
patutnya kami check in Mohsin hari ini, esoknya baru boleh join pakej snorkeling..
tapi esoknya (ahad) kami nak snorkeling tempat lain.. budi bicara dgn pihak Mohsin, mereka bagi je nak snorkeling hari ini.. so jumpa la membe2 baru dalam group tu.. osem..

kat pulau ni banyak je perkhidmatan snorkeling ni boleh pilih. murah pn murah serendah RM40 half day trip.. datang sini free and easy pun boleh.. tak perlu nk package2.. mat saleh ramai nye backpackers, bertukar2 tempat penginapan..

snorkeling start jam 1030 pagi sampai 3 petang.. kami pergi ke 5 spot snorkeling.. berhenti lunch di Kg.Nelayan.. pitstop yang terakhir adalah di Kincir Angin..
di Kincir Angin ni, benda menarik nak buat adalah terjun dari platform..
semua orang kena try.. tapi aku tak sempat nak try, sebab sibuk nak naik tangga ke kincir angin..

penat weyh dari bawah panjat beratus2 anak tangga.. tak sempat gak nak kira bape anak tangga... kalau ada sesiapa yang tahu, tolong bagitahu.. huhu..
kami memang akan ke kincir angin ni.. tapi dah alang2 boatman ni nak bawa ke sini, jadi tak perlu lah kami nak jungle tracking ke sini kan.. diorang ni cakap, kalau jalan dari long beach, ada gak dalam 20-30 minit.. hongeh plak rasanya..

petang tu, kami merayap balik pulau dari long beach.. kami ke coral beach plak nk tengok sunset..
dari chalet kami, dah dekat sangat nak ke coral bay.. dari long beach, akan menyusuri tepi chalet kami, kemudian ikut je jalan yang telah sedia ada.. akan melalui chalet2 tgh2 hutan, lps tu masuk ombak chalet.. dah sampai depan pantai coral beach..
ada la gak dalam 15 minit jalan kaki.. kat sini takda lampu jalan disediakan..
maka (tips) bawa lah sesiap lampu suluh tu.. balik dri sunset, dah malam.. jalan dia agak gelap sikit.. tak bahaya pun.. ramai je orang lalu kt sini.. malam2 mmg ramai org dr coral beach ke long beach sbb lagi happening di long beach.


oo yaa.. hari tu adalah malam MERDEKA!!!
kami melepak duk depan kedai Suhaila Shop, menghirup udara pantai memalam.. dalam jam 11 kami balik bilik.. lps tu tepat jam 12 malam, dari beranda bilik, ada pertunjukan bunga api.
tapi kaki dah penat nak melangkah turun bawah, tepi pantai nak tengok dekat2 bunga api tu..
tengok dari bilik pun kira ok la kan..


DAY 3 : 31 OGOS (AHAD)
REDANG! REDANG! REDANG!.. even chalet kt sana dah penuh.. akhirnya kami dapat juga snorkeling kat Redang... ohsem sangat..

hari ahad, pepagi kami dah bangun siap2.. tak sempat nak breakfast kt chalet sbb kami nak kejar snorkeling trip ke Redang plak.. kami bergerak jam 830 pagi..
1 trip boat tu ada 18 orang.. kami duk pakat2 dengan Suhaila Shop untuk masukkan nama kami dalam trip ke Redang hari tu.. kalau tak memang dah penuh la.. hehe.. yes. kami berjaya ke Redang..
Snorkeling Trip ke Redang ni berharga RM100/person.. full day.. 830 until 4pm.. kami ke Long Beach di Redang, Marine Park dan kami juga ke Lang Tengah..
snorkeling di Redang best sangat.. ikan cantek2.. coral pun cantek.. ok.. Puas hatiii...


sebelum balik ke Perhentian Kecil, kami singgah di Lata Berani untuk jirus air bukit dia.. sejukkk..
dah macam buat Ice Bucket Challenge jer.. kekeke...

malam lak.. lepak kt Mohsin.. lepak karok la.. hehe..




DAY 4 : 1 SEPTEMBER (ISNIN)

check out day..

flight jam 9 malam.. bergerak keluar dari pulau jam 10 pagi..
Dari jeti kami cari teksi ke hentian bas untuk ke kuala terengganu..
sampai KT dah lewat petang, sempat gak singgah umah membe kat Kuala Terengganu sebelum balik semban dan beli kopok lekor kat losong ~~


TRAVEL COST
FLIGHT TICKET (KLIA2 - K.TERENGGANU) RM80
MOHSIN CHALET 3D2N FULL BOARD PACKAGE (FAN ROOM) RM420
TAXI (AIRPORT K.TERENGANU - MERANG JETTY) RM120 (share with partner)
MAKANAN ROTI RM13 (share with partner)
LUNCH and DINNER DAY 1 RM23.50
MARINE PARK RM5
WATER TAXI (SPEED BOAT - LONG BEACH) RM4 (pergi dan balik RM2/each)
MATAHARI CHALET (DAY 1) RM160/AIRCOND ROOM (share with partner)
REDANG TRIP RM100/PERSON
LUNCH @ KG. NELAYAN (DAY 2) RM9
TAXI (MERANG JETTY - BUSTOP JERTEH) RM20 (share with partner)
BUS TICKET (JERTEH - K.TERENGGANU) RM17.10
TOTAL COST = RM800 ++



sekiaannnnn.. abes cerita

** kan main lama aku tak hupdate belog ni..
***pergi jalan bulan Ogos/September 2014, tapi publish cerita bulan Jan 2015.. huhukk

18 September 2014

Persaraan Ibu (10.01.2013)

Assalamualaikum..

Entry ini sudah tertangguh terlalu lama dah..
Sudah lebih 1 tahun 8 bulan ibu aku selamat bersara dari dunia pekerjaan *makan gaji* ni..

tarikh sebenar persaraan : 10 Januari 2013 (jatuh pada tarikh lahir ibu, semasa berumur 51 tahun)
ini adalah bersara pilihan. setelah 30 tahun berkhidmat di badan berkanun DBP ini
sebagai Jurutrengkas dan diupgradekan ke Setiusaha (PA) untuk bos DBP.

antara bos ibu ku yang aku paling aku ingat ialah Datuk Johan Jaaffar (dulu menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP), sekarang Pengarah Media Prima..
masa jemputan raya ke rumah Datuk Johan ni, dapatlah jumpa artis2.. rumah cantek lak tu.. hee pastu selalu bagi duit poket/duit raya kat kami sekeluarga.. terima kasih!!


dah takda la motip aku nak singgah DBP ni lagi,
dulu masa belajar kt UITM, masa zaman bawa kereta, selalu la hantar mak aku pepagi g keje kul6 dh gerak dr umah Seremban, kul 7 dah sampai DBP, lps tu terus direct masuk kelas kul830 kt UiTM S.Alam. selalu nya hari isnin la..
kalau hari jumaat petang takde kelas, selalu gak balik sesama ke Seremban.. kul430 dah abes kerja da.. kekadang tu ibu aku selalu tanya, kereta kosong tak? ini ada kawan ibu nak tumpang sekali.. hehe.. kenangan semua itu

kini tiada lagi..
ibu aku 24/7 ada kat rumah..
tengah hari rehat, balik rumah Lunch
balik petang, terus dah boleh dinner dah..
hari-hari terasa lebih malas sebab ibu dah sediakan makanan..
kalau tak dulu, petang2 kena la tanak nasi, goreng sayur, kupas bawang, keluarkan lauk dari freezer..

erk.. lepas ini kena rajin balik..
terima kasih ibu.. hikss




status dari Ibu saya :
Terima kasih kepada semua teman yang menghantar ucapan selamat bersara dan selamat hari lahir. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Ilahi. Hari ini bermulalah satu episod kehidupan yang baru..masa utk berehat dan saling berkejaran dgn Adam..seronoknya..setelah 30 tahun mencari rezeki di DBP. Sampai masanya untuk undur diri. Terlalu banyak yang DBP telah berikan kepada kehidupan saya dan keluarga. Terima kasih DBP.

- 10 Jan 2013




we will miss you, DBP..


13 September 2014

2014 - 1st entry

assalamaualaikum....

Last publish - 6 July 2013..

wahhhh.. more than a year!!!

so ini adalah entry pertama tahun 2014!!!

rindunya kat blog ni...
cuba untuk aktifkan balik..

cuba untuk buat entry sebaik mungkin..

nak cerita apa yang berlaku sejak setahun ini... (kalau ingat la)

nak cerita sejauh mana aku dah pergi berjalan (eh.. itu kalau ingat gak)

nak share gambar2 yang aku ada.. (kat instagram penuh dah gambar)

apa la lagi yang boleh dicerita dan diimbas semula..

akan aku cuba untuk mengupdate di sini..


sebelum berpisah..

aku selitkan gambar terbaru laa..

29 Ogos 2014 - 1 September 2014
Trip to Perhentian - Redang - Lang Tengah
 
 
 
- aku memang suka lautan kebiruan - snorkeling - comin soon : diving lak! -

ok bye

06 July 2013

Masih Aku Cinta

Untuk dia...

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu...



Lirik Lagu Masih Aku Cinta - Shila Amzah

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku




take care =)

17 May 2013

Entry yang tertangguh..

Salam...

Belog dah bersawang.. dah lama tak jenguk blog.
so sorry.. lately been busy.. dan terasa malas pulak nk berblogging..
nak datang balik sifat kerajinan menaip menekan keyboard ni..


Antara entri-entri yang tertangguh..

- Graduation Day (Oct 2012)
- Family Day (Dec 2012)
- Retirement Day (Jan 2013)
- Borneo Trip Part 3 (Feb 2013)
- Bukit Tinggi Trip (April 2013)
- Phuket Trip (Mei 2013)
- Teater lagi. (coming soon)
- Weeding bestbuddy (April 2013)

Meh la merajinkan diri...
huhux~

Shiqin
17 Mei 2013

25 February 2013

Borneo Trip Day 2 - Kundasang

kesinambungan dari entry yg lepas.. Borneo Trip Day 1 

genap sebulan.. baru update.. hewhew..
Day 2 - 25 Januari 2013 :  KUNDASANG, SABAH

Hari Ke2 ini, kami pergi banyak tempat yang jejauh.. sampai tak cukup masa la nk terjah semuanya..

aktiviti perjalanan kami bermula agak lewat.. jam 9pg (dah mcm 10pg dah kt semenanjung) baru bergerak disebabkan oleh kereta sewa yang kelambatan.. hewhew... spoil masa kt sini shj.. tp naseb baik murah..
RM100/day Saga Auto.. SAB 4852 L..
sebelum itu, kena la check minyak, air, tayar, engin dan semua2 lah.. xp

bergerak di jalan yang lurus menuju ke Tamparuli..
senang jer nak ke Kundasang ni. jalan nye mmg lurus je.. signboard pun ada jerk..
kalau takut sesat, gi la ambik MAP atau google je di hujung jari anda.. hewhew...

destinasi 1 : Jambatan Gantung Tamparuli

jambatan ni ke dalam sikit dr jalan besar.. so mmg kna buka mata luas2 la cari signboard ke Tamparuli.. berhenti tepi jalan je, dan terus naik Jambatan sambil menari2 lagu Tamparuli yer..
ada sejarah di sebalik Jambatan ini.. sila google..

destinasi 2 : Pekan Nabalu

tempat ni sgt happening utk shopping.. shopping svnier..
beli tshirt kt sni, leh dpt murah.. murah lg dr Pasar Filipino dan Kg. Air..
so, dinasihatkan la beli kt sni jer utk svnier.. gelang, tshirt, alat2 muzik dll..
utk Keychain, kt Pasar Gaya boleh dpt 10biji RM10.. utk Magnet tu pn, ssh la nk dpt 4bji RM20..
korunk kna la pandai tawar..
kat sini bole ambik gambar nk tgk Puncak Gunung.. kabus tebal hek..

Destinasi 3 : Poring Hot Spring

Fee : RM3/per entry
cantek tmpt nye.. dh mcm masuk hutan simpan da.. akan melalui yg mcm gambar ni, lps tu baru la sampai ke kolam panas nye.. kolam sejuk pn ada kt sebelah.. sgt ssuai la ntuk bermandi manda memanaskan badan..
tp nk ke sini dari pekan Kundasang jauh jg.. ada gak dlm 30-45mnit.. kna pndai2 la perhati signboard.
kt sini jgn lupa gi tgk Bunga Reflesia.. aku ritu tak sempat nak tgk sbb tak tahu pn kt mne tmptnye.. sedeyhhhh~

Destinasi 4 : Canopy Walkaway

Fee : RM3/per entry, Kamera RM5
tempat nya sama je dgn Poring Hot Spring.. jalan 100 meter ke depan dah jumpa pintu masuk ke Canopy walkaway ni..
kat sini korunk kena ada stamina yg kental cekal dan kuat.. kena menapak mendaki bukit sejauh 570 ++ meter camtuh.. penat weh.. hongeh.. bawa la segala minuman, kipas, tisu semua bagai.. mmg mcm nk jungle tracking la..
tp sgt la worth it.. kt atas sana, pemandangan dia sgt sgt sgt la cantek..
tp AWAS ... BAHAYA untuk yg GAYAT..
aku dimaklumkan, Jambatan Gantung tertinggi di Asia Tenggara ni.. dn yang terpanjang jg..
ada 6 pit stop dr satu pokok ke satu pokok...


disebabkan dah petang.. kul3 camtuh baru kuar dari tempat ni, kaki sgt la penat..
masa pun suntuk.. so xdpt la nak pegi Tagal Fish Spa dan Teh Sabah..
Tagal Fish Spa ni best jg org ckp.. sbb ko berdiri betul2 tepi sungai, ikan tu akan dtg.. xpyh der nk duduk kt spa spa yg high class tu kan.. tp tmpt nye jauh ke dlm dan memakan masa..
Teh Sabah plak... aiyokk.. Cameroon Highland lg cantek.. so xprlu buang masa dtg sni..

destinasi 5 : Desa Dairy Farm

Fee : RM4/per entry..
waktu perahan susu lembu 3 ptg
hewhew.. tmpt ni sgt cantekk.. wajib wajib dtg..
terletak di pekan Kundasang.. tp kena naik lg ke atas atas atas.. bukit nye tinggi.. so kna guna gear 1.. nak masuk ladang ni pun, jalan nye berbatu2.. but worth it..
jgn lupa minum susu fresh..
lembu nya mcm kt new zealand tu.. feeling oversea sikit.. heee




Destinasi 6 : Kinabalu Pine Resort
resort la.. pe lagi.. rehat..
dah penat seharian berjalan..
perut pun lapar sbb terkejar2 masa dan lunch pun tak sempat..
kesian kat kami.. tetibe kena diet plak.. huhux..
sampai KPR pn dah kul 6.. gegas gegas jamak Zohor dan Asar..
640 dh masuk maghrib kan..
owh yea.. KPR sgt cantekkk pemandangannyeer~

untuk dinner.. dinner kt resort je..
ada set steamboat or lauk pauk.. no choice.. ambik je lauk pauk tuh..
lps tu g pekan kundasang, tapau KEPSI..
tu je yg ada.. pekan kundasang, memalam tak meriah punn..


hari ke 3 akan disambung next entry~

31 January 2013

Borneo Trip Day 1

Tarikh : 24 Jan 2013 - 28 Jan 2013 
Khamis - Isnin : Cuti Maulud Nabi & Cuti Thaipusam
Participants : - Shiqin - Amira - Shikin - Thora - Nana
Tempat lawatan : Kota Kinabalu - Kundasang - Tuaran

Tentatif

Day 1 (24 Jan 2013)
- LCCT - KKIA Terminal 2 - Kepayan - Jln Sulaman -

Day 2 (25 Jan 2013)
- Jln Sulaman - Jambatan Gantung Tamparuli - Pekan Nabalu - Poring Hot Spring - Canopy Walkaway - Desa Dairy Farm - Kundasang - Kinabalu Pine Resort -

Day 3 (26 Jan 2013)
- Kinabalu Pine Resort - Kundasang - War Memorial - Kinabalu Park - Rumah Terbalik - Taman Buaya Tuaran - Pekan Kota Kinabalu - Tg. Aru - Pasar Malam Kg. Air - Promenade Service Apartments -

Day 4 (27 Jan 2013)
- Promenade - Sunday Market Tamu Gaya - Jesselton Point - Pulau Sapi - Pulau Mamutik - Pulau Manukan - Perdana Park - Waterfront - Psr Mlm Kg. Air - Promenade -

Day 5 (28 Jan 2013)
- Promenade - Pasar Kraftangan / Filipina - Pasar Ikan Masin - Pekan KK - KKIA - LCCT -

hewhewhew.. itu shj tentatif... akan di update kemudian..

sbb hari pertama, flight jam 4.30 ptg dr LCCT.. sampai KKIA dah maghrib.. jam 650 ptg.. 
nampak sgt sunset semasa tinggi di awangan dlm jam 630 ptg.. sgt cantekk.. =)

sampai di KKIA, terus terjah rumah abg Mira di Kepayan.. dinner Nasi Ayam, akak ipar Mira masak.. shedappp.. hihi.. jam 930 bergerak ke rumah sepupu aku plak di Jln Sulaman, berdekatan 1Borneo.. bermalam di rumah sepupuku.. jimat semalam punya harga hotel kan..

sambung day 2 plak next entry....

*kthnkbye*

19 January 2013

Perak's Trip - Day 3

sambungan dari entry yang lepas
Perak Trip Day 1 (here) dan Perak Trip Day 2 (here)

Pepagi slps breakfast di Hotel yang tak serupa hotel tu, kami adakan aktiviti sukaneka di tepi pantai.. pantai nya kena la menapak menaiki kereta kan.. sbb dah lah seberang jalan dr teluk batik resort tu, jauh jgk 500 meter pn ada.. parking pn kena lah bayar kan.. erk..
macam-macam aktiviti yang kami buat..

(1) Lari dalam kain 50 meter..
(2) Lari Kepit Belon 50 meter..
(3) Lari ikat kaki 50 meter..
(4) Cari gula-gula dalam tepung..
(5) Bawa bola pingpong dalam sudu...
 (6) Bola beracun

dan awan hitammmm

dan dah abes dah semua aktiviti sehat mengeluarkan peluh separa suku shj..
sbb lps tu kita semua nak ambik angin sempoi sempoi bahasa dalam bot yang terumbang ambing..
dan banananannaa boaatt

sejurus je jejak kaki kat pantai dr atas bot ni, hujan pun turun dgn renyai nya dan seterusnya menjadi lebat.
menyebabkan kami terpaksa buat penyampaian hadiah di bawah kedai makan yang ramai org..
malu la kami.. lol~
acara tukar2 hadiah dan hamper utk setiap kumpulan...

balik balik meredah hujan.. dah alang2 dah basah, diorg smua kena jalan kaki.. dan sukarela utk terjun dalam kolam Teluk Batik Resort ni..
check out 12 pm...
dah berjimba di Pekan Lumut..
hewhewhew...
banyaknya diorang ni borong semua.
penuh dah kereta...... 
dan balik dari Lumut, hujan dgn banyaknye dan mengekori kereta bos dari belakang..
terus menuju ke Plus Tol Sungkai
Terus berhenti di RnR Sg. Buloh utk dinner..
bos dah selamat terus menuju ke Seremban meninggalkan kami..
kul 11 baru sampai rumah oi..
penat.. naseb baik aku tak drive dari Perak..
sbb dah penat sgt hek..
hehe.. tengs driver baru..

pengikut rombongan :
| En. Radzi dan Isteri dan Adik Lelaki dan Adik Perempuan dan 4 orang anak |
| K.Ina | Marlina | Hajar | Shiqin | Mira | 
| Afiqqah | Azimah | Zuli | Amani | Zila |
| Radzi & Co. |

*kthnkbye*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...